mutakhir

Sesi persekolahan SK Sungai Anak terjejas akibat banjir

Oleh Norsyazwani Samarahan

HARI pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anak di sini, terjejas apabila jalan raya ke sekolah terbabit dinaiki air setinggi 0.65 meter pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, sehingga jam 8 pagi kehadiran murid di sekolah hanya 68 peratus.

“Bagaimanapun, keadaan banjir di sekolah berkenaan masih berada dalam keadaan terkawal.

"Sebanyak dua buah bot diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, ibu bapa serta penjaga masih berada di sekolah untuk memantau keadaan banjir dan membantu pihak sekolah jika berlaku kecemasan.

SK Sungai Anak mempunyai 71 orang murid dan 10 guru.

Disiarkan pada: January 2, 2020 @ 5:26pm
d