mutakhir

Anggota bomba cedera kemalangan

Oleh Nor Farhani Che Ad

SEORANG anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim cedera selepas terbabit dalam kemalangan di simpang Kilang Lama, Kulim, hari ini.

Mangsa, Nik Muhamad Al Bakri Mat Isa, 43, yang menunggang motosikal jenis Suzuki RG dipercayai dilanggar oleh Perodua Alza ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, berikutan itu, anggota terbabit mengalami kecederaan di tangan, kaki dan tulang rusuk.

“Bomba menerima panggilan berhubung kemalangan pada 8.07 malam dan mendapati mangsa adalah anggota yang bertugas di BBP Kulim.

“Mangsa segera dihantar ke Hospital Kulim menaiki ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Wad Kecemasan Hospital Kulim.

Ini adalah kemalangan kedua membabitkan anggota bomba pada tahun ini selepas seorang anggota bomba dari BBP Langkawi maut apabila kereta dinaiki merempuh tiang elektrik di Jalan Ulu Melaka, Ayer Hangat, Langkawi, Khamis lalu.

Disiarkan pada: January 4, 2020 @ 10:46pm
d