mutakhir

Tapak pelupusan sampah terbakar

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

TAPAK pelupusan sampah haram berhampiran pangsapuri di Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru, terbakar hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.32 petang.

“Seramai 10 anggota digerakkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Tapak pelupusan sampah berkeluasan 1,000 meter persegi yang terletak di tebing sungai,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 90 peratus daripada keluasan kawasan tapak pelupusan sampah yang terbakar sudah berjaya dipadamkan setakat ini.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki air terbuka, pam GP 1010.

“Kita juga sedang menunggu bantuan jengkaut daripada ketua kampung untuk tindakan selanjutnya dan melakukan ‘overhaul’,” katanya.

Operasi pemadaman kebakaran itu masih berjalan sehingga kini.

Disiarkan pada: January 6, 2020 @ 5:19pm
d