mutakhir

Polis cari 'muslimah jadian'

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS sedang mengesan lelaki yang dipercayai terbabit dengan kejadian curi di masjid di Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dalam kenyataan media berkata, lelaki berkenaan dilihat berada di lokasi pada hari kejadian.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira 9 malam pada hari kejadian, lelaki terbabit dilihat masuk ke dalam masjid berkenaan.

“Dia dilihat masuk ke dalam masjid itu dalam keadaan mencurigakan dengan memakai telekung berjalan ke arah beg tangan jemaah yang sedang menunaikan solat,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta hubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Wangsa Maju Asisten Superintendan S Gopal di talian 012-5120242/03-92899222 atau Penolong Pegawai Penyiasat IPD Wangsa Maju Sarjan Mohd Mudzamil, 013-3260395.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki memakai telekung ketika mencuri barangan jemaah di masjid berkenaan.

Berita berkaitan

'Muslimah' mencuri ketika jemaah solat [METROTV]

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 3:01pm
d