mutakhir

Jumpa mayat muka berulat

Oleh Norsyazwani Nasri

MAYAT lelaki tanpa identiti dalam keadaan muka sudah berulat dijumpai terapung di Sungai Batang Igan kawasan Penasu, Sibu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komosioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mayat lelaki itu dijumpai orang awam tersangkut pada batang kayu hanyut sebelum memaklumkannya kepada polis di Balai Polis Sungai Merah.

“Anggota Bomba dan Penyelamat Sibu membantu polis mengambil mayat itu untuk dibawa ke jeti Simpang Tiga, Kampung Hilir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bahagian muka lelaki itu berulat dan tiada sebarang kecederaan dikesan pada bahagian badan, tangan, kaki dan kepala mangsa.

Katanya, terdapat tattoo berbentuk hati di ibu jari kiri mayat dan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.

“Mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat,” katanya kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Disiarkan pada: January 9, 2020 @ 5:03pm
d