mutakhir

Ajal ketika main badminton

Oleh Juwan Riduan

SEORANG lelaki meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Foo Chow, Damai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa dikatakan bermain bersama beberapa rakannya tiba-tiba rebah.

Pegawai perubatan yang tiba selepas dihubungi membuat pemeriksaan sebelum menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) menggunakan ambulans.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

n

Disiarkan pada: January 9, 2020 @ 7:17pm
d