mutakhir

Katil, ubat hadapi influenza mencukupi

Oleh Baharom Bakar

SEMUA hospital di Terengganu tidak berdepan masalah tidak cukup katil atau kekurangan ubat berikutan penularan wabak influenza.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata, sehingga kini tiada penularan wabak virus influenza di negeri itu.

Menurutnya, pegawai perubatan di semua hospital dan klinik kesihatan daerah di negeri itu berada dalam kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi kemungkinan penularan virus influenza.

“Walaupun belum ada laporan pesakit dijangkiti virus influenza, semua pegawai perubatan di negeri ini sudah diminta bersiap siaga termasuk menerima pesakit.

“Setakat ini, katil dan ubat di semua hospital di negeri mencukupi,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Disiarkan pada: January 11, 2020 @ 2:36pm
d