mutakhir

RM797 juta kukuh pertanian Sarawak

Oleh Norsyazwani Nasri

Simunjan: Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM797 juta bagi mengukuhkan pembangunan sektor pertanian negeri ini tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, golongan petani di Sarawak perlu merebut peluang disediakan itu untuk memperkasa bidang pertanian.

“Dengan penggunaan teknologi canggih tidak mustahil kita dapat memberikan fokus kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan utama.

“Kita mahu golongan petani memanfaatkan peruntukan yang disediakan kerajaan Sarawak bagi membangunkan lagi sektor pertanian,” katanya pada Majlis Rindok Digital Simunjan di Dewan Mesra, di sini, semalam.

Johari berkata, daerah Simunjan di Bahagian Samarahan boleh menjadi pusat pertanian bagi Sarawak yang terdapat ramai petani yang mengusahakan tanaman pisang dan kelapa.

“Apa yang saya lihat permintaan untuk pisang dan kelapa semakin meningkat, jika dikeluarkan dengan skala yang besar ia boleh dihantar untuk pasaran Semenanjung Malaysia atau ke China yang mempunyai permintaan tinggi,” katanya.

Katanya, Sarawak akan berusaha membantu petani di daerah Simunjan bagai memudahkan proses pemasaran produk mereka.

“Dalam hal ini, pihak yang boleh membantu ialahLembaga Multimedia Sarawak (SMA).

“Mereka boleh memberi bantuan kepada penduduk menerusipenggunaan teknologi terkini seperti internet untuk memudahkan mereka memasarkan produk,” katanya.

caption

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersalaman dengan penduduk di Majlis Rindok Digital Simunjan.

#kw sarawak, pertanian, abang johari

Disiarkan pada: January 11, 2020 @ 3:32pm
d