mutakhir

Kereta masuk kedai makan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

TINDAKAN lelaki warga emas tersilap menukar gear menyebabkan kereta dipandunya terbabas ke dalam kedai makan di Prima Setapak 3, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian itu berlaku di tempat letak kenderaan di lokasi terbabit kira-kira 3 petang.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika pemandu kereta berkenaan berusia 76 tahun tersalah menukar gear sebelum menekan pedal minyak.

“Kesilapan itu menyebabkan kereta terbabit terbabas masuk ke dalam kedai makan berkenaan dan kemudian terlanggar seorang pelanggan di dalam premis berkenaan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Disiarkan pada: January 11, 2020 @ 8:20pm
d