mutakhir

Buruh mati terjatuh bangunan

Oleh Harun Yahya

WARGA emas maut selepas terjatuh dari bangunan pada ketinggian 4.5 meter di sebuah tapak pembinaan dekat Pulau Li Hua di Sibu, petang semalam.

Mangsa, Deli Entri, 65, yang berasal dari Rumah Malis, Sebetan Saratok, meninggal dunia tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian itu berlaku ketika pekerja di tapak pembinaan sedang sibuk bekerja.

“Pada 2.15 petang, seorang pekerja tapak pembinaan bangunan terdengar bunyi sesuatu jatuh.

“Dia kemudian ternampak mangsa terbaring dan mengalami pendarahan di kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia akibat cedera parah.

Stanley berkata, pemeriksaan rekod kesihatan mendapati mangsa menghidap tekanan darah tinggi dan ada mengambil ubat untuk penyakit itu.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut,” katanya.

Disiarkan pada: January 12, 2020 @ 12:03pm
d