mutakhir

Influenza: Tiada lagi sekolah ditutup

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

TIADA lagi sekolah ditutup susulan wabak Influenza A, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya mempergiatkan aktiviti pemantauan khususnya di lokasi pernah terdedah dengan penyakit itu.

“Untuk makluman, kita lebih berwaspada dan menggerakkan pihak bertanggungjawab termasuk pegawai kesihatan daerah untuk memantau perkembangan wabak ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Sumbangan Fakir Miskin Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Tokong Tian Hock, Kuala Selangor.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai isu kehabisan stok vaksin influenza, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, setakat ini bekalan vaksin itu masih mencukupi.

“Pada awalnya, mungkin berlaku kehabisan stok di fasiliti kesihatan swasta tetapi perkara ini telah kita atasi.

“Kita memberi jaminan bahawa stok vaksin influenza ini mencukupi bagi memenuhi permintaan di seluruh negara,” katanya.

Disiarkan pada: January 12, 2020 @ 1:33pm
d