mutakhir

Buku daftar tanah perkuburan 100 tahun

Oleh Ahmad Ismail

SEBUAH buku daftar tanah wakaf (perkuburan) berusia 100 tahun berada dalam simpanan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Segamat menjadi bukti lokasi pengkebumian jenazah.

Buku bertarikh seawal tahun 1920an itu mencatatkan tarikh awal tanah wakaf perkuburan wujud disekitar Segamat didaftarkan oleh kariah setempat.

Kadi Daerah Segamat, Mohd. Zaini Mohd. Salleh berkata, ada 90 lokasi tanah wakaf perkuburan sekitar Segamat, antaranya di Labis, Bekok, Jementah, Batu Anam, Tenang, Chaah dan juga antaranya sekitar Felda Pemanis, Redong dan Chemplak.

“Sebenarnya kewujudan tanah wakaf perkuburan di sekitar Segamat wujud seawal tahun 1511, namun kariah setempat tidak mendaftarkannya ketika, itu,” katanya ketika ditemui di Pejabat Kadi Segamat di Jalan Buloh Kasap di sini, semalam.

Turut hadir, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Johor, Segamat, Suhaizan Bachok @ Saadon dan Pembantu Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Wakaf, Lokman Nul Hakem Mahadi.

Menurutnya, hanya sebuah tanah wakaf perkuburan di Kampung Berata dikawal selia sepenuhnya oleh kakitangan MAIJ Segamat, manakala selebihnya oleh kariah setempat, namun pemantauan tetap dilakukan pihak, kami.

“Tarikh awal tahun pengkebumian itu dikesan ditulisan batu nisan yang tercatat di antaranya jelas lagi kelihatan selain melalui penceritaan lipatan sejarah juga maklumat penduduk terdahulu.

“Umpamanya, makam Wakaf Perkuburan Lubok Kampung Batu dan di Kampung Jawa wujud melebihi seabad lalu.

“Tiap tahun ada peningkatan dari waris atau pemilik tanah persendirin yang memohon ingin mewakafkannya sebagai tanah wakaf perkuburan.

“Sebahagian tanah wakaf perkuburan digunakan untuk pengeebumian penduduk sekitar Segamat turut dikuniakan oleh Kerajaan Negeri Johor antaranya di mukim Pogoh berkeluasan 45 hektar.

“Catatan dibuku itu turut memudahkan pemantauan jika ada diantara kesesakkan mulai berlaku selain pihak awam yang ingin melakukan penggalian semula jenazah tujuan pengalihan diminta memaklumkan kepada pihaknya serta pihak polis.

“Catatan lokaliti dalam lot tanah wakaf perkuburan buku daftar itu turut diberikan secara tepat dengan kerjasama Pejabat Tanah Daerah Segamat,”katanya.

Mohd.Zaini berkata, tanah wakaf perkuburan sekitar Segamat turut melakar pelbagai peristiwa tumpuan umum dan dunia antaranya pengebumian jenazah mangsa MH17, tujuh pelajar mati lemas di Sungai Buloh Kasap.

“Turut berlaku penggalian semula jenazah di antaranya masih berkeadaan sempurna dengan izin Allah dipindahkan ke lokasi lain bagi memberikan laluan pelebaran jalan Segamat ke Daerah Tangkak selain memberikan laluan projek landasan berkembar keretapi laju,”katanya.

Selain itu, pihaknya dengan kerjasama bahagian penguatkusaan juga pihak polis Segamat sentiasa memantau amalan kurafat disekitar tanah wakaf perkuburan.

“Memuji kepekaan anak muda generasi siber yang kini semakin berminat dalam usaha pengetahuan penggalian kubur dan ilmu urusan jenazah walau pun melalui laman sesawang,”katanya.

Disiarkan pada: January 12, 2020 @ 5:38pm
d