mutakhir

Dicekup ketika beli nombor ekor

Oleh Safuri Kamarudin

DUA lelaki ditahan ketika sedang leka membeli nombor ramalan di Pekan Kuala Ketil, Baling, semalam.

Pegawai Agama Daerah Baling, Sheikh Mohd Haizan Hamzah berkata, lelaki berusia 59 dan 38 tahun itu ditahan dalam operasi Pejabat Agama Daerah Baling diketuai Penolong Pegawai Agama Baling, Sheikh Mohd Rasydan A.Rahman bersama lima anggota penguat kuasa, jam 3 petang.

“Kedua-dua lelaki Melayu itu cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditahan anggota penguat kuasa.

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen (16) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 iaitu kesalahan berjudi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haizan berkata, tiada sebatang sitaan barang namun anggota penguat kuasa merampas satu resit rasmi kedai nombor ekor dan dua kertas yang ditulis nombor ingin dibeli.

Menurutnya, bagi kesalahan itu, mereka boleh didenda tidak melebihi 3,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Polis Kuala Ketil untuk membuat laporan.

“Saya juga nasihatkan orang ramai supaya menjauhi perjudian walaupun mempunyai masalah kewangan kerana masalah tidak akan selesai dengan melakukan perkara haram,” katanya

Tamat.

BALING 13 JANUARI 2020. Penolong Pegawai Agama Baling, Sheikh Mohd Rasydan A.Rahman(kanan) sedang menyoal dua lelaki yang ditahan di dalam sebuah kedai agensi nombor ramalan Sport Toto di Pekan Kuala Ketil.NSTP/IHSAN PEJABAT AGAMA.

BALING 13 JANUARI 2020. Penolong Pegawai Agama Baling, Sheikh Mohd Rasydan A.Rahman(kanan) sedang menyoal DUA lelaki yang ditahan di dalam sebuah kedai agensi nombor ramalan Sport Toto di Pekan Kuala Ketil. FOTO Ihsan Pejabat Agama.

Disiarkan pada: January 13, 2020 @ 9:30am
d