mutakhir

8 pelajar SEMESTI dijangkiti Influenza A

Oleh Shaarani Ismail

LAPAN pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) disahkan positif Influenza A, hari ini.

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Suhaimi Mohamed Ali berkata, susulan itu, sekolah berkenaan ditutup bagi membendung penularan wabak dan untuk pembersihan terutama kawasan asrama.

Katanya, penutupan sekolah itu yang pertama dibuat di Perak berikutan wabak berkenaan.

“Tindakan diambil selaras pematuhan yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Ia ditutup segera selepas Pejabat Kesihatan Daerah mengesahkan kes dan membendung wabak merebak ke atas 550 pelajar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Suhaimi berkata, sebelum ini murid yang disahkan menghidap Influenza A membabitkan murid dan pelajar berlainan sekolah di beberapa daerah yang dapat dikawal mengikut SOP kementerian.

Bagaimanapun, katanya, kes terbaharu di SEMESTI memerlukan tindakan penutupan sekolah itu hari ini.

Disiarkan pada: January 13, 2020 @ 3:21pm
d