mutakhir

Teroka teknologi baharu

MUNGKIN ramai dalam kalangan kita pernah mendengar Industri 4.0 (IR 4.0) namun berapa ramai pula yang memahami ungkapan di sebalik istilah terbabit dan kesannya terhadap kehidupan harian kita? Adakah kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, pengkomputeran awan, mata wang crypto dan sebagainya hanya sekadar ungkapan indah yang akan tenggelam ditelan zaman atau ia sebenarnya kuasa masa depan?

Apakah relevannya teknologi baharu ini terhadap pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bakal memasuki pasaran pekerjaan kelak?

Di Manipal International University (MIU) matlamatnya adalah jelas untuk membantu ibu bapa dan pelajar memahami fenomena ini agar mereka memiliki maklumat yang betul untuk membuat pilihan kerjaya tepat pada masa depan.

MIU sentiasa membantu pelajarnya mengembangkan bakat dan kemahiran yang diperlukan untuk memanfaatkan peluang melalui ledakan revolusi ini. MIU menetapkan laluan buat pelajarnya iaitu dengan memastikan kurikulum di dalam bidang kejuruteraan, bioteknologi, perniagaan, perakaunan dan komunikasi massa, memenuhi keperluan Industri 4.0.

Semua program di peringkat asasi, diploma dan ijazah yang ditawarkan meraih perakuan akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) yang dperkenalkan pada Mei 2018 akan melalui proses pengiktirafan akreditasi penuh dalam sedikit masa lagi. Program akademik MIU juga mendapat pengiktirafan global oleh agensi seperti Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) dan Washington Accord bagi program ijazah kejuruteraan.

Program Bioteknologi pula didaftarkan sebagai Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia manakala program perakaunan diiktiraf Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). MIU juga ahli Association of MBA (AMBA) bagi program MBA. Graduan bagi program berkaitan ternyata memiliki kelebihan berdasarkan kepada jalinan kerjasama industri berkenaan.

Pengantarabangsaan juga adalah fokus utama MIU. Pelajar diploma, ijazah pertama dan pasca siswazah mempunyai peluang untuk menyambung pengajian atau mengikuti program latihan dengan universiti luar negara seperti di India, Australia, United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kelompok kedua pelajar jurusan perniagaan dan perakaunan sudah menamatkan program lawatan akademik di T.A. Pai Management Institute (TAPMI), India baru-baru ini manakala kumpulan pertama pelajar MBA menamatkan lawatan akademik antarabangsa ke Manipal Academy of Higher Education (MAHE) Dubai.

MIU dilengkapi 48 makmal sains dan kejuruteraan untuk memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan amali di samping mempunyai studio komunikasi massa yang terbaik di negara ini.

Universiti ini juga menyediakan peluang latihan industri terhadap pelajar yang mendedahkan mereka kepada amalan kehidupan sebenar
di syarikat yang beroperasi dalam persekitaran industri 4.0.

Sesetengah pelajar MIU berjaya diserap dan mendapat pekerjaan tetap dengan syarikat mereka menjalani latihan industri. Graduan MIU juga diterima berkhidmat dengan syarikat gergasi seperti General Electronics, Nestle, Barclays, Celcom, Exxon Mobil, Top Glove, DHL, British Petroleum, Panasonic dan American Express. Berdasarkan fokus kesepaduan dan kurikulum berteraskan industri yang menyediakan pelajar untuk keperluan Industri 4.0 serta jaminan peluang pekerjaan, MIU menjanjikan kepada ibu bapa dan pelajar wadah sebagai pemimpin masa hadapan.

Tarikh pengambilan di MIU pada Januari 2020 untuk program MBA, Mac 2020 untuk program ijazah dan April untuk program asasi dan diploma.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program boleh menghubungi MIU di talian 1800 222 648 atau enquiry@miu.edu.my atau melayari laman sesawang www.miu.edu.my.

Disiarkan pada: January 15, 2020 @ 6:01am
d