mutakhir

Hanya pesakit berisiko diberi vaksin influenza

Oleh Suraya Roslan

VAKSIN influenza di klinik kesihatan kerajaan hanya diberikan kepada pesakit berisiko tinggi dan anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin influenza tidak disediakan kepada orang awam.

“Hanya pesakit yang berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan termasuk kematian akan diberikan vaksin influenza dan pemberiannya berdasarkan kepada penilaian klinikal daripada pakar yang merawat pesakit terbabit.

“Selain itu, vaksin ini turut diberikan kepada anggota barisan hadapan KKM (kakitangan kesihatan) yang terdedah kepada jangkitan semasa mengendalikan pesakit,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin influenza boleh mendapatkan suntikan berkenaan di klinik atau hospital swasta.

Disiarkan pada: January 15, 2020 @ 9:45am
d