mutakhir

Jalan Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir ditutup

Oleh BERNAMA

JALAN Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir di Beaufort, ditutup bermula 2 petang ini bagi memberi laluan persediaan sempena hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, pada Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak dalam satu kenyataan berkata, penutupan jalan itu dijalankan sehingga tengah malam pada 18 Januari.

Berikutan penutupan jalan itu, beliau berkata, pengguna masih boleh menggunakan laluan utama Beaufort-Kota Kinabalu dan susur Jalan Beaufort-Kompleks Sukan-Taman Wawasan-Kota Kinabalu.

Katanya, penutupan jalan itu tidak akan menjejaskan kelancaran trafik, dan menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

  • Lagi berita berkaitan PRK Kimanis
  • Disiarkan pada: January 16, 2020 @ 2:58pm
    d