mutakhir

Kunci lokap hilang la pulak...

Oleh Zuliaty Zulkiffli

SEPASUKAN anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dipanggil untuk membantu memotong mangga lokap yang terkunci di Komplekas Mahkamah Alor Setar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.38 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai bomba Kanan II Zulkiflee Md Isa dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian pihak polis memaklumkan kunci mangga lokap di mahkamah yang tidak berpenghuni dipercayai hilang.

“Tindakan anggota memotong mangga menggunakan peralatan khas berjaya membuka dua sel lokap dalam tempoh satu minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: January 16, 2020 @ 5:04pm
d