mutakhir

Muslim Care sumbang roti, bekalan air [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

MUSLIM Care Malaysia Society (Muslim Care) menyumbang roti dan bekalan air bersih kepada 3,000 pelarian Syria di Kem Muhemediya, Syria, hari ini.

Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaan Syria Muslim Care Nazmi Abdul Karim berkata, kekurangan bekalan makanan dan bekalan air bersih di sini menyebabkan pihaknya terpanggil untuk membantu mereka.

Menurutnya, sebanyak AS$2000 (RM8,158) diperuntukkan untuk menyediakan roti dan bekalan air bersih buat pelarian Syria.

“Kem ini dijaga oleh kerajaan Turki yang menyediakan penempatan buat pelarian ini yang datang dari pelbagai daerah di Syria akibat kehilangan tempat tinggal.

“Ini adalah kem pertama yang dilawati selepas kami dibenarkan masuk ke dalam Syria untuk membantu pelarian ini,” katanya.

Rata-rata pelarian Syria mengucapkan terima kasih kepada Muslim Care kerana menghulurkan bantuan kepada mereka.

Penulis dan sukarelawan turut berkesempatan melawat kem pelarian ini untuk melihat sendiri kehidupan mereka di sini.

Kebetulan ketika tiba di kem ini, anak-anak pelarian Syria yang mendapat pendidikan di sini sedang menerima kad laporan dan buku untuk pembelajaran.

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan di akaun Muslim Care di Maybank (564490413882), Bank Islam (1401401014740) atau Bank Muamalat (14010007654717).

Disiarkan pada: January 16, 2020 @ 10:21pm
d