mutakhir

Sambung ops cari rakan esok

Oleh Juwan Riduan

SEORANG lelaki ditemui lemas manakala rakan hilang di Sungai Padas Kampung Tenom Lama, Tenom, semalam.

Mangsa Mohd Ashraf Idham Hamril, 20, ditemui oleh penjaga gate SESB pada 1.40 petang, empat kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.20 petang semalam membabitkan mangsa lemas di sungai berkenaan.

Katanya, sebuah kenderaan utiliti, dua bot dan tiga anggota bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca serta keadaan arus yang deras. Operasi SAR kemudian disambung semula hari ini sepanjang laluan sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.

"Operasi SAR seorang rakan mangsa Mohd Fadli Abdul, 20, diteruskan sebelum ditangguh kira-kira 6 petang tadi.

"Operasi pencarian mangsa itu akan disambung esok," katanya.

Disiarkan pada: January 16, 2020 @ 11:03pm
d