mutakhir

Rebut hadiah percuma bernilai RM1,287 dengan pembelian HUAWEI MateBook D 15 Sabtu ini!

Oleh Suliati Asri

HUAWEI MateBook D 15 datang dengan kualiti yang baik, mempunyai reka bentuk hebat dan prestasi yang cukup mengujakan.

Jika pengguna menginginkan kualiti terhebat dalam komputer riba yang sama seperti yang diumumkan HUAWEI baru-baru ini, mereka mungkin baru saja menemui komputer riba paling tepat untuk dimiliki dengan hanya RM2,499.

Tidak hanya dengan itu, MateBook D 15 ini juga adalah komputer riba bajet dengan prestasi flagship.

Lebih mengujakan, mereka juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai RM1,248 termasuk FreeBuds 3, Tetikus Bluetooth dan Microsoft Office 365 di Siri Jelajah HUAWEI yang diadakan pada 18 Januari ini di beberapa lokasi antaranya Imago Mall, Kota Kinabalu, Sabah, IOI City Mall, Putrajaya, Queensbay Mall, Pulau Pinang dan Sunway Pyramid, Selangor.

Stok adalah terhad di setiap lokasi jelajah. Jadi, siapa cepat, dia dapat.

Mengapa MateBook D 15 adalah komputer riba dan peneman terbaik pengguna?

1. Penampilan menarik

Berwarna perak matalic dengan kemasan futuristik. Beratnya pula hanya 1.53 kilogram dan ketebalannya lebih nipis daripada 17 milimeter. Ia sudah cukup membuktikan bahawa MateBook D 15 ini adalah komputer riba paling ringan untuk saiz ini yang boleh dijadikan teman baik. Ia juga tinggi tapi tidak berat sekali gus membuatkan pengguna lebih selesa dan yakin dengannya

Jika kini paparan FullView yang menjadi trend pada telefon pintar, komputer riba juga boleh memiliki yang sama bukan? Oleh itu, tetaplah mengikuti trend terkini dengan HUAWEI MateBook D 15 yang menawarkan paparan FullView HD untuk menjadikan dunia visual pengguna lebih besar dan lebih banyak kandungan yang dilihat dalam satu skrin.

Selain itu, dengan 87 peratus nisbah skrin-ke-badan, ia bermakna pengguna boleh mengakses lebih banyak kandungan pada satu halaman tanpa menatal skrin. Pada akhirnya, ia sangat membantu apabila bekerja atau menyemak semula excel dan pengguna dapat melihat lebih banyak maklumat dengan saiz komputer riba yang sama.

Ditambah pula dengan resolusi 1920x1080 IPS paparan penuh dan nisbah skrin 16:9, ia pastinya memberikan pengalaman terbaik menggunakan Matrix D15 terutama ketika menonton filem, bermain video atau melakukan reka bentuk!

2. Mengambil berat dan menyayangi

Dengan aplikasi dan teknologi yang memudahkan banyak hal dalam kehidupan terutama dalam urusan kerja, perjalanan atau berhibur, MateBook D 15 ini sememangnya memahami keperluan si pengguna.

Jika sikap ambil berat dan penyayang menjadi aspek utama dan terpenting dalam mencari teman lelaki atau wanita, teknologi yang ada pada MateBook D 15 ini juga sama dan sememangnya mengambil berat dan menyayangi pengguna.

MateBook D 15 tahu bagaimana untuk melindungi pengguna dengan dengan:

a. Kamera Tersembunyi

Menyedari privasi adalah keutamaan pengguna, HUAWEI mengambil inisiatif menghasilkan dan meletakkan kamera di mana pengguna mempunyai kawalan penuh. Menerusi HUAWEI MateBook D 15 ini, webcam tersembunyi pada papan kekunci dan ia akan hanya muncul apabila pengguna menekannya.

Jadi, tidak ada lagi isu penggodam siber, tanpa sengaja mencatatkan sesuatu dan sebagainya. Pengguna juga tidak perlu menutup kamera dengan jari atau meletakkan pelekat pada kamera.

b. FullView Display-Penapis Cahaya Biru

Terlalu melihat skrin boleh mengakibatkan mata menjadi penat atau sakit dan rosak.

Namun, MateBook D 15 ini berbeza kerana skrin komputer riba ini disahkan TÜV Rheinland mempunyai cahaya biru rendah.

Dengan penyaringan cahaya biru yang berkesan, ia membantu melindungi mata pengguna dari radiasi berbahaya.

MateBook D 15 tahu apa yang diperlukan dan diinginkan pengguna:

a. Kerjasama Multi-Skrin

Siri MateBook D memperkenalkan satu set keupayaan kerjasama ‘cross-screen’ yang dibina dengan asas HUAWEI One Tap Share. Ciri terbaru ini membolehkan HUAWEI MateBook dan telefon pintar HUAWEI berkongsi paparan tunggal di mana pengguna boleh memindahkan fail dan melihat kandungan yang disimpan dalam telefon pintar terus pada komputer riba.

Peranti yang disambung ke komputer riba juga boleh digunakan untuk menavigasi telefon pintar, memberikan pengguna akses lebih lancar ke aplikasi mudah alih tanpa menukar peranti.

Ia benar-benar pilihan terbaik bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga pelajar dan ‘gamers’.

b. Log Masuk dengan cap jari

Anda dengan mudah dapat menghidupkan dan log masuk MateBook D tanpa perlu memasukkan kata laluan hanya dengan menekan Button Power, yang berfungsi sebagai sensor cap jari.

Siri HUAWEI MateBook adalah komputer pertama yang mempunyai sensor cap jari di Button Power untuk log masuk pengguna. Seperti yang terdahulu, HUAWEI MateBook D juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari.

Ia diinterrasikan ke dalam Button Power, jadi pengguna boleh menghidupkan peranti pada masa yang sama mempunyai identiti mereka yang disahkan.

Menggunakan pengimbas ini, pengguna boleh terus ke Desktop dengan serta-merta.

Menariknya, dengan pengimbasan secara konsisten di mana lebih kerap ia digunakan, ia boleh mengenal pasti pengguna secara terus. Paling penting, pengguna tidak perlu memasukkan kata laluan setiap kali menghidupkan komputer riba anda.

c. Pengecas Pocket

Mengusung pengecas bersama komputer riba ke mana saja sememangnya melecehkan dan juga menambah bebanan beg. Namun, dengan pengecas poket HUAWEI, ia bukan masalah lagi.

Ini kerana Pengecas Pocket HUAWEI cukup ringan dan kecil untuk diselitkan di dalam dan pengguna tidak perlu membawa beg komputer riba sekali gus memudahkan pergerakan anda untuk membawanya ke mana mana sahaja

MateBook D 15 menggunakan pengecas jenis C sekali gus membolehkan pengguna menggunakannya untuk mengecas telefon MateBook dan HUAWEI mereka. Menariknya, pengecas ini juga

Pengecas ini juga menyokong perlindungan yang terlalu panas dan secara automatik memutuskan kuasa jika perlu untuk memastikan keselamatan.

3. Kekuatan dan prestasi menakjubkan

Kekuatan dan prestasi MateBook D 15 sememangnya menakjubkan. Ia dikuasakan dengan pemproses AMD Ryzen 5 3500U, kad grafik Radeon Vega 8 Graphics bersepadu, prestasi hebat dan fleksibiliti hiburan yang luar biasa. MateBook D 15 ini dilengakapi dengan PCIe SSD3 dan 8GB dwi-saluran DDR4 RAM.

Dipertingkatkan dengan keupayaan memori dwi-saluran, HUAWEI MateBook D 15 turut dilengkapi dengan dua storan peranti yang terdiri daripada 256GB SSD dan 1T HDD untuk meningkatkan kelajuan membaca dan menulis sebanyak 50 peratus berbanding memori saluran tunggal.

Ia mungkin bukan yang terbaik tetapi HUAWEI MateBook D 15 ini dapat menjadikan hidup anda lebih mudah. Ditawarkan pula pada harga hanya RM2,499, ia nyata pilihan terbaik.

Dengan harga hanya RM2,499, pengguna mungkin menemui ‘rakan baik’ yang sempurna sekali gus menemani kehidupan dalam apa juga keadaan di mana saja pada 2020 ini.

Justeru, jangan lepaskan peluang memiliki HUAWEI MateBook D 15 dengan harga hanya RM2,499.

Menariknya, ada juga berpeluang membawa pulang bersama HUAWEI FreeBuds 3, tetikus Bluetooth dan Microsoft Office 365 yang bernilai sehingga RM1,287 (tertakluk kepada terma) di Siri Jelajah HUAWEi pada 18 Januari di lokasi berikut.

Stok adalah terhad untuk setiap lokasi jelajah dan bergantung kepada siapa cepat dia dapat.

1. Imago Mall

2. IOI City Mall

3. Queensbay Mall

4. Sunway Pyramid

Untuk maklumat lanjut mengenai siri jelajah HUAWEI Sabtu ini, kunjungi Facebook Rasminya disini.

Untuk maklumat lanjut tentang Matebook D 15 layari HUAWEI Online Store

Disiarkan pada: January 17, 2020 @ 10:01am
d