mutakhir

PRK Kimanis: 2 calon turut mengundi esok

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

KEDUA calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis esok adalah pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.

Berikutan itu, calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Karim Bujang dijadual mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kimanis, manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin di SK Our Lady of Fatima, Kelatuan.

Sebanyak 19 pusat mengundi dan 68 saluran mengundi dibuka bermula pada 7.30 pagi hingga 5 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai 650 petugas dilantik mengendalikan proses pengundian.

Parlimen Kimanis mempunyai seramai 29,619 pengundi yang bakal mengundi esok.

Selasa lalu, seramai lapan daripada sembilan pengundi awal untuk PRK Kimanis sudah menunaikan tanggungjawab di Balai Polis Membakut yang dijadikan pusat pengundian awal bagi PRK itu.

SPR sebelum ini menjangkakan peratusan turun mengundi esok adalah sebanyak 70 peratus.

Disiarkan pada: January 17, 2020 @ 5:06pm
d