mutakhir

Teruja gesekan biola Dr Siti Hasmah [METROTV]

Oleh Hamzah Osman

KEMERDUAN gesekan biola isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memukau tetamu yang hadir pada program ‘Bonda Unplugged’ di Galeria Perdana di Kampung Kilim, Langkawi.

Dr Siti Hasmah membuat penampilan istimewa itu dengan mempersembahkan empat lagu iaitu Hati Ke Hati, Epilog Cinta, Gubahanku dan Getaran Jiwa.

Persembahan beliau turut diiring Eagle Cop’s Band yang dianggotai lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Lebih mengujakan apabila isteri Perdana Menteri itu turut mempelawa Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim dan guru, Sufina Halim membuat persembahan nyanyian bersamanya.

Persembahan turut disaksikan 114 pelajar mewakili tujuh sekolah rendah dan menengah sekitar pulau itu.

Di akhir persembahan, Siti Hasmah mencuri perhatian penonton apabila menggesek biola mengiringi pelajar menyanyikan lagu rakyat kanak-kanak, Rasa Sayang, Chan Mali Chan Lompat Si Katak Lompat dan Geylang Si Paku Geylang.

Turut hadir menyaksikan persembahan, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim; Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman dan Pengarah Galeria Perdana Mohamad Najib Adnan.

Disiarkan pada: January 19, 2020 @ 2:34pm
d