mutakhir

'Worry about your own problem'

Oleh Balqis Jazimah Zahari

“BELIAU perlu fokus kepada masalah yang sedang dihadapinya. Berkenaan MAPS, kerajaan negeri (masih) mampu lagi,” kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau mengulas mengenai komen bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung masalah dihadapi MAPS atau Movie Animation Park Studios (MAPS) yang disifatkannya bagai telur di hujung tanduk.

Ahmad Faizal berkata, setakat ini kerajaan negeri masih mampu mengendalikan masalah dan kemelut dihadapi taman tema animasi berkenaan.

“Datuk Seri Najib tidak ada maklumat mengenai apa yang sedang dihadapi oleh MAPS, jadi saya ingat beliau fokus kepada masalahnya, (dan) mempertahankan diri di mahkamah.

“Berkenaan MAPS, saya rasa kerajaan negeri (masih) mampu, ada kebolehan dan bolehlah kami guna otak kami yang Allah anugerahkan ini untuk menyelesaikan masalah MAPS.

“Jadi, jangan risau ‘and worry about your own problem,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hak Milik Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Papan dan Penyampaian Notis 5A RPT Bemban Rakyat di Arena Square Batu Gajah, Batu Gajah, hari ini.

Najib memuat naik ulasan mengenai MAPS dalam Faceook (FB) dan turut mencadangkan supaya Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengambil alih taman tema itu daripada kerajaan Perak, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan penutupan sementara MAPS di Ipoh pada Disember lalu kerana tunggakan bil elektrik yang mencecah RM4 juta ringgit.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berkata, tunggakan itu tidak mampu dilunaskan berikutan bebanan hutang ketika pentadbiran kerajaan negeri terdahulu.

Berita berkaitan

Tunggakan bil elektrik MAPS RM4 juta

Disiarkan pada: January 20, 2020 @ 3:36pm
d