mutakhir

Influenza: 103 pelajar di Perak positif

Oleh Balqis Jazimah Zahari

SERAMAI 103 pelajar di 60 sekolah di Perak disahkan positif Influenza A (H1N1), hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr Suhaimi Mohamed Ali berkata, Kinta Utara mencatat jumlah tertinggi dengan 45 pelajar daripada 2 sekolah diikuti 19 pelajar di lima sekolah di Bagan Datuk.

Katanya, Larut, Matang dan Selama (LMS) mencatatkan jumlah 14 pelajar (10 sekolah), lapan pelajar di Manjung, manakala Kuala Kangsar dan Hilir Perak masing-masing empat pelajar.

“Kinta Selatan dan Perak Tengah mencatatkan jumlah sama iaitu tiga pelajar daripada tiga sekolah, manakala Kerian (dua pelajar, dua sekolah) dan Batang Padang pula seorang pelajar.

“Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) di Bagan Datuk yang ditutup sejak 13 Januari lalu berikutan lapan pelajarnya positif sudah dibuka hari ini,” katanya.

Disiarkan pada: January 20, 2020 @ 5:30pm
d