mutakhir

114 ditahan sedang 'baiah'

Oleh Skuad Khas Harian Metro

SERAMAI 114 individu dipercayai ahli sebuah pertubuhan termasuk ketua mereka diberkas ketika upacara angkat sumpah di sebuah premis di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam serbuan di Jalan Genting Klang itu, polis merampas empat bilah pedang, kayu cota, buku borang pendaftaran ahli sebuah pertubuhan, enam naskah al-Quran dan sejadah dipercayai bagi tujuan angkat sumpah atau ‘baiah’.

Penahanan itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Katanya, serbuan dan tangkapan dilakukan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap ‘Double 7’ dan siasatan sedang dijalankan.

Harian Metro difahamkan, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Disiarkan pada: January 20, 2020 @ 8:27pm
d