mutakhir

MED kini dikenali sebagai MEDAC

Oleh Bisnes HM

SELARAS inisiatif kerajaan untuk memperkasakan gerakan koperasi, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju agar Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dijenamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau singkatannya MEDAC.

Pengumuman berkenaan dibuat menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dipetik sebagai berkata, proses penjenamaan ini adalah penting hasil maklum balas warga koperasi.

“Kita dapat dapat maklum balas daripada warga koperasi dan saya sendiri menyarankan kepada mereka supaya menjadi jentera utama untuk memacu perkembangan ekonomi negara,” katanya.

Katanya, penjenamaan semula itu tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kementerian.

“Hanya tambah saja nama di depan, tiada kos akan terbabit,” katanya.

Pada akhir tahun 2019, modal syer koperasi adalah berjumlah RM14.9 bilion dengan jumlah aset bernilai RM142.8 bilion dan penjanaan perolehan sebanyak RM40.3 bilion.

Disiarkan pada: January 22, 2020 @ 5:14pm
d