mutakhir

PSS dibatalkan - Shafie

Oleh Juwan Riduan

KERAJAAN negeri membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang dijangka dilaksanakan Jun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet negeri hari ini supaya PSS dibatalkan selepas mendengar suara rakyat secara keseluruhan.

“Kita mendengar suara rakyat yang ada dan Kabinet negeri memutuskan supaya kita maklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku kementerian yang bertanggungjawab membatalkan rancangan untuk meneruskan pelaksanaan PSS, Jun ini.

“Kita akan maklumkan kepada KDN dalam pertemuan minggu depan mengenai perkara ini,” katanya ketika sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu, mengenai sebab keputusan itu dibuat, Mohd Shafie berkata, ia selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak berhubung PSS.

Disiarkan pada: January 22, 2020 @ 6:07pm
d