mutakhir

Pemenang Anugerah Kajai meninggal dunia

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

BEKAS wartawan Berita Harian (BH) Tajuddin Saman, 72, meninggal dunia di kediamannya di Presint 9, Putrajaya pada 1.40 tengah hari ini.

Anak kelima Allahyarham, Nurhani Tajuddin, 32, berkata, bapanya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana batuk berkahak.

Menurutnya, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lalu sebelum dibenarkan keluar oleh pihak hospital pada 5 petang semalam.

“Dia sebelum ini ditahan di hospital selama seminggu dan baru semalam dibenarkan keluar.

“Jenazahnya dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk disemadikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20,” katanya ketika ditemui hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Tajuddin yang pernah memenangi Anugerah Kajai pada 1990 dan penulis buku ‘Dari Kodiang ke Jalan Riong’ sudah terlantar kerana angin ahmar sejak lebih sembilan tahun lalu.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin serta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid.

Disiarkan pada: January 22, 2020 @ 6:31pm
d