mutakhir

Penjawat awam dituduh ambil dua dadah

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

MAHKAMAH Majistret Bahau hari ini, memerintahkan seorang penjawat awam membela diri atas pertuduhan mengambil dadah pada 8 Februari tahun lalu.

Perintah itu dibacakan oleh Majistret Khir Nizam Jemari selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Nur Fathiha Abdullah, 42.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mengguna dan memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya iaitu methamphetamine dan amphetamine.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 ( 1 ) ( a ) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi dan tertuduh mula dibicara pada 15 Oktober lalu.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fahmy Sulaiman.

Khir Nizam kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk tertuduh membela diri.

Disiarkan pada: January 24, 2020 @ 2:59pm
d