mutakhir

Babi dah berani terjah kampung

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

PENDUDUK sekitar Kampung Kanchong Darat gempar dengan kehadiran seekor babi hutan di halaman rumah seorang penduduk di Kuala Langat, Selangor, pada 19 Januari lalu.

Visual haiwan liar itu sempat diambil penduduk yang berada di tempat kejadian sebelum tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, pihaknya menerima laporan kehadiran babi liar itu pada jam 11.15 pagi, kelmarin.

"Kami terima aduan dari penduduk berhubung haiwan itu dan memasang perangkap di kawasan sekitar kampung itu.

"Malah, kami juga akan melakukan pemantauan sehingga dapat mengesan haiwan liar itu," katanya.

Dalam pada itu, Haidar menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan memaklumkan pada pihak PERHILITAN sekiranya terlihat haiwan itu.

"Penduduk setempat dinasihati tidak mengambil tindakan sendiri jika terlihat babi hutan itu berkeliaran. Sebaiknya teruskan melapor perkara itu kepada pihak kami.

"Sebarang aduan, orang ramai boleh disalurkan terus ke talian 03-9086 6800 atau Hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151," katanya.

Disiarkan pada: January 24, 2020 @ 5:16pm
d