mutakhir

Lebuh raya mula sesak

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

ALIRAN trafik masih perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan selepas warga kota yang bercuti di kampung mula pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui Twitter memaklumkan kesesakan berlaku di Bukit Tambun ke Juru, Bandar Bahru ke Jawi, Simpang Pulai ke Gopeng terus ke Tapah dan Bidor ke Slim River.

Selain itu, kesesakan turut berlaku di Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh Selatan ke Kulai dan Simpang Ampat ke Pedas Linggi terus ke Senawang.

Selain itu trafik juga perlahan dari Karak menuju ke Plaza Tol Gombak.

Maklumat terkini boleh diperoleh menerusi talian bebas tol Plusline, 1-800-88-0000 dan Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta twitternya @LLMinfotrafik.

Disiarkan pada: January 27, 2020 @ 10:42pm
d