mutakhir

Dadah takde, pedang ada

Oleh Zaid Salim

SELARAS pedang samurai dan senapang angin dirampas dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Bari, Setiu, hari ini.

Dalam serbuan pada 9.30 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang berada dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, serbuan dilakukan sekumpulan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu

“Pemeriksaan pada badan lelaki terbabit tidak menemui sebarang dadah.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut dalam rumah menemui selaras pedang samurai bersarung berukuran 46 sentimeter (cm) dan satu senapang angin berukuran 56 cm dalam bilik lelaki terbabit,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

Afandi berkata, semakan mendapati suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan berkaitan dadah.

“Kita akan menjalankan siasatan lanjut tujuan suspek memiliki senjata berkenaan,” katanya.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Disiarkan pada: January 28, 2020 @ 5:12pm
d