mutakhir

Cedera dihempap pokok

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEORANG lelaki cedera selepas dihempap pokok tumbang berhampiran Planetarium Negara dan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jalan Perdana, di Kuala Lumpur, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 9.45 pagi dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 29 tahun berada berhampiran bas sebelum dihempap pokok tumbang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur berkata, mangsa yang membawa pelancong itu berhenti di kawasan berkenaan.

“Ketika mangsa turun dari bas, pokok yang terletak di bahagian bukit tumbang sebelum menghempap mangsa.

“Mangsa cedera di bahagian kepala, tulang rusuk dan kaki kanan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini menerima rawatan di zon merah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pihak APM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalihkan dan membersihkan pokok tumbang.

“Siasatan dijalankan mendapati pokok tumbang berkenaan dikategorikan sebagai pokok reput,” katanya.

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 1:36pm
d