mutakhir

Babah sudah tiada...

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

“BABAH (bapa) sempat berpesan supaya saya menjaga diri dan kesihatan baru-baru ini ketika dia masih sedar sebelum kesihatannya merosot dan meninggal dunia, 5.10 petang tadi,” kata Fathin Maisarah Ahmad Fairuz, 22.

Fathin berkata, dia bersama ahli keluarga lain berada di sisi bapanya, Ahmad Fairuz Ibrahim, 46,yang tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Taman Uda, Alor Setar, Kedah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, petang tadi.

Menurutnya, bapanya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak awal bulan sehingga Selasa lalu kerana menghidap barah esofagus.

“Babah meminta pihak hospital untukmembenarkan dia pulang ke rumah namun kesihatan semakin merosot dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia petang tadi.

“Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda selepas Isyak malam ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro 11 September tahun lalu melaporkan Fathin memuat naik ciapan dan gambar bapanya di Twitter sebagai ikhtiar untuk mendapatkan bantuan demi meringankan beban bapanya.

Menerusi ciapan itu, Fathin berkongsi keadaan bapanya yang menghidap barah esofagus dan terpaksa minum susu menerusi saluran tiub disambung pada hidung.

Fathin turut meminta jasa baik warganet untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan membeli susu formula untuk bapanya.

Berita berkaitan:

  • Semuanya demi babah...
  • Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 7:38pm
    d