mutakhir

Identiti dua beranak rentung dikenal pasti

Oleh Zuhainy Zulkiffli

IDENTITI dua beranak yang rentung dalam kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas, hari ini sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua mereka ialah pemandu kenderaan itu, Yeap Boon Kwan, 23, dan anak perempuannya, Yeap Jing Xuan, 3, yang juga penumpang belakang.

Katanya, isteri Yeap, Chan Sin Yee, 29, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan pula cedera ringan dan sempat menyelamatkan diri.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

“Beliau meminta orang awam yang menyaksikan kejadian untuk menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Seberang Perai Utara di talian 04-5741427 atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Berita berkaitan

Bapa, anak tiga tahun rentung

Disiarkan pada: January 31, 2020 @ 2:26pm
d