mutakhir

Wanita selamat kereta dipandu terjunam ke gaung

Oleh Juwan Riduan

SEORANG wanita selamat walaupun kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke gaung sedalam kira-kira 15 meter di Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Keronggu, Inanam, pagi tadi.

Mangsa berusia 28 tahun dikatakan dari rumahnya di Kampung Pomotodon menuju ke SK Keronggu untuk mengambil anak perempuan yang belajar di sekolah berkenaan.

Tiba di lokasi, Perodua Axia berkenaan terbabas sebelum terjunam ke gaung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 11.36 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi.

“Kami membantu mengeluarkan mangsa sebelum diberi rawatan awal.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan. Operasi menyelamat tamat 12.58 tengah hari,” katanya.

Disiarkan pada: January 31, 2020 @ 8:16pm
d