mutakhir

Bidaan siri KEV mulai Khamis

Oleh Zuliaty Zulkiffli

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah meluaskan JPJeBid untuk bidaan nombor pendaftaran baharu, KEV.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff berkata, bidaan akan dibuka selama lima hari bermula Khamis ini bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Februari.

“Harga minimum bagi kategori nombor bernilai utama 1-10 bermula RM20,000 dan kenaikan bidaan minimum bermula RM1,000.

“Harga minimum nombor menarik pula bemula RM3,000 dan harga kenaikan bidaan minimum pula bermula dari RM150,” katanya.

Ismasuhaimi berkata, harga minimum nombor popular pula bermula RM800 dan harga kenaikan bidaan minimum RM40 malah harga minimum bagi nombor biasa bermula dari RM300 dan harga kenaikan bidaan minimum pula RM15.

Beliau berkata, pembayaran JPJeBid boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit tempatan sahaja.

“Pembida boleh membida seberapa banyak nombor yang diminati dengan bayaran Fi Perkhidmatan RM10 bagi setiap nombor yang dibida.

“Tiada sekatan untuk melakukan bidaan namun setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan manakala bagi perniagaan/syarikat adalah tidak melebihi lima nombor kenderaan sahaja,” katanya pada katanya pada sidang media di Alor Setar, hari ini.

Disiarkan pada: February 2, 2020 @ 12:02pm
d