mutakhir

Pencuri sarang burung walit tumpas

Oleh Adnan Ibrahim

DEMI untuk memenuhi keperluan kewangan untuk membeli dadah, seorang wanita bersama dua orang lelaki berusia 24 hingga 34 tahun sanggup menggadai nyawa dengan mencuri sarang burung walit di sekitar bandar ini ini.

Walau bagaimana pun, hasrat mereka terbantut selepas berjaya dikesan dan ditahan pasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di Batu 4, Jalan Mersing kira-kira jam 5.15 pagi pada 30 Januari baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, Ketiga-tiga tahanan sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan sewaktu berada di dalam kereta Proton Iswara ketika berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Katanya, selepas memperkenal diri dan pemeriksaan keatas Ketiga-tiga suspek anggota RCJ menemui beberapa peralatan mencuri sarang burung walit di dalam bonet kereta berkenaan sebelum menahan mereka dan merampas semua barang-barang bukti.

“Antara barang-barang yang dirampas adalah dua penyodok besi sepanjang kira-kira 0.30 meter, satu botol penyembur air berwarna putih, satu unit playar, beg plastik mengandungi kira-kira 500 gram sarang burung walit, sebuah kereta Proton Iswara dan seutas tali sepanjang kira-kira 10.37 meter.

“Semua tangkapan didapati positif dadah jenis meth selepas ujian saringan air kencing dilakukan manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah penyalahgunaaan dadah,”katanya kepada media hari ini.

Menurut Mohd Abduh, Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 yang membolehkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Tahanan kini ditahan reman selama empat hgari sehingga esok dan hasil soal siasat mereka mengaku mencuri sarang burung walit di Kahang dan Batu Pahat bersama rakannya yang masih bebas.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas sedang giat dilakukan dan percaya mereka akan berjaya ditahan dalam tempoh terdekat ini, “Katanya.

Tamat -

Pic caption :

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail (dua dari kiri) menunjukkan penyodok serta barang-barang yang dirampas daripada tiga orang suspek pada 30 Januari lalu.

Sarang burung walit yang dirampas daripada tiga orang suspek pada 30 Januari lalu.

#kwcurisarangburungwalit

From: Adnan

Disiarkan pada: February 2, 2020 @ 4:28pm
d