mutakhir

Pelaksanaan PPSMI belum muktamad [METROTV]

Oleh BERNAMA

PELAKSANAAN dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih belum dimuktamadkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia berikutan perbincangan berhubung pelaksanaannya masih di peringkat awal.

“Perkara itu masih dalam perbincangan awal, keputusan masih belum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hokkien Klang di Klang, hari ini.

Beliau memberi reaksi itu ketika diminta mengulas berhubung pelaksanaan dasar berkenaan yang disuarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mengemukakannya ketika mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya Jumaat lalu, menekankan perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Beliau yang juga pemangku Menteri Pendidikan menjelaskan, ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara.

Disiarkan pada: February 2, 2020 @ 4:40pm
d