mutakhir

Tapak pelupusan di Tanjung Langsat terbakar

Oleh Nurul Amanina Suhaini

SEBUAH tapak pelupusan sampah berkeluasan 2.43 hektar di Jalan Nibong, Tanjung Langsat, dekat sini, terbakar petang ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.11 petang.

"Sejurus menerima panggilan, tujuh anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Keanggotaan turut dihadiri agensi kerajaan termasuk tujuh dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan tiga dari Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, makluman awal diterima kebakaran dipercayai bermula sejak jam 4.25 pagi ini dan sehingga kini operasi masih dijalankan.

Disiarkan pada: February 2, 2020 @ 6:32pm
d