mutakhir

Di mana Yogeswary berada?

Oleh Hassan Omar

POLIS meminta saksi kes pembunuhan di Machap Umbo, Alor Gajah, Melaka, pada 2016 supaya tampil membantu siasatan.

Individu terbabit, S Yogeswary, 42, diminta membantu siasatan kes mayat dijumpai terapung dalam kolam di Machap Umbo.

Difahamkan, hasil bedah siasat ke atasnya menemui kesan hentakan dengan objek tumpul pada kepala.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dalam kenyataannya hari ini bagaimanapun enggan menjelaskan butir maklumat berkaitan mangsa.

Yogeswary didakwa tinggal di alamat terakhir di nombor 18, Jalan Palas 18, Taman Teratai, Skudai, Johor Bahru, Johor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Zulkifli Yusof dengan menelefon 013-8118222 atau IPD Alor Gajah 06-5564153.

Disiarkan pada: February 3, 2020 @ 3:00pm
d