mutakhir

Belum sedar diri

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

LELAKI yang menikam hingga mati teman wanitanya di Kampung Padang Balang, Sentul, di sini, kelmarin, masih kritikal dan belum sedarkan diri.

Suspek yang bekerja sebagai penjual kereta terpakai berusia 43 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas bertindak meminum cecair pencuci lantai dipercayai untuk membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, suspek masih belum sedarkan diri dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita ditikam hingga mati oleh teman lelakinya dalam kejadian itu.

Malah, teman lelaki mangsa kemudian bertindak meminum cecair pencuci lantai dipercayai untuk membunuh diri selepas kejadian itu.

Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Lady Cacabella berusia 24 tahun dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan selalu berkunjung ke rumah teman lelakinya itu kerana masing-masing sudah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang lama.

Malah, mangsa turut dikenali ahli keluarga lelaki terbabit.

Kejadian itu disedari ahli keluarga teman lelaki mangsa yang kemudian menghubungi polis.

Disiarkan pada: February 5, 2020 @ 2:41pm
d