mutakhir

Kepung lokasi suspek

Oleh Juwan Riduan

POLIS sudah mengenal pasti tempat persembunyian suspek yang melepaskan tembakan terhadap tiga lelaki termasuk dua kanak-kanak cedera di Kota Kinabalu.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Pasukan Polis Marin (PPM) sedang melakukan ‘cut-off’ di lokasi suspek bersembunyi daripada, sejak 8 malam tadi hingga kini.

Difahamkan, suspek disyaki bersenjata dikatakan menggunakan bot kampung dan bersembunyi di bawah rumah atas air di sekitar Kampung Pondo, Pulau Gaya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan polis sedang mengawal laluan keluar di kawasan persembunyian suspek.

“Kita sudah mengenal pasti lokasi suspek dan sedang membuat kepungan di lokasi persembunyian suspek.

“Ini bagi mengelak suspek daripada melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 7 malam tadi, suspek menembak tiga lelaki termasuk dua kanak-kanak berusia 10 dan tiga tahun di atas jambatan Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.

Mangsa berusia 36 dan 10 tahun parah, manakala seorang lagi kanak-kanak berusia tiga tahun cedera ringan.

Semua mangsa stabil dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth.

Sebelum kejadian itu juga, suspek dipercayai melarikan enjin dan bot nelayan di kawasan perairan Kinarut dan Meruntum.

Berita berkaitan

Kanak-kanak cedera ditembak

Disiarkan pada: February 6, 2020 @ 9:44am
d