mutakhir

Catuan air masuk Fasa II

Oleh Hassan Omar

CATUAN air di Melaka memasuki Fasa II, Isnin ini hingga 23 Februari selepas fasa pertama selama 12 hari, 29 Januari lalu.

Kali ini, tiada lagi bekalan air dua hari berturut-turut pada Sabtu dan Ahad, sebaliknya catuan selang sehari juga akan dilaksanakan pada Sabtu dan Ahad, seperti hari lain.

Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) melalui Facebook, hari ini berkata, dalam Fasa II, tiada bekalan air pada 16 Februari dan 22 Februari.

“Bekalan air dibuka pada 10 pagi hingga 10 pagi hari berikutnya bagi daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin,” katanya.

Bagaimanapun, catuan tidak membabitkan hospital, kawasan industri dan pusat pelancongan.

Mulai 29 Januari lalu kerajaan negeri melaksanakan catuan air membabitkan 550,673 orang bagi memastikan bekalan air mencukupi ketika menghadapi cuaca panas kering akibat Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir bulan hadapan.

Disiarkan pada: February 6, 2020 @ 11:23am
d