mutakhir

Bawa 2 beg galas berisi wang - Saksi [METROTV]

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

PEMANDU peribadi Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, Shamsul Rizal Sharbini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, bagaimana beliau diarah memasukkan wang ke dalam dua beg galas hijau.

Shamsul Rizal yang memberikan keterangannya hari ini berkata, beliau sebelum itu diarahkan mengambil majikannya di kediaman dekat Taman Melawati.

Katanya, beliau kemudian diarah membeli dua beg galas, masing-masing berharga RM45 sebelum singgah di bank di Jalan Tuanku.

Apabila sampai di bank itu, saksi berkata, beliau kemudian diarahkan memasukkan bungkusan wang ke dalam beg berkenaan.

Katanya, mereka kemudian membawa beg itu menuju ke kediaman di Jalan Langgak Duta.

Beliau memberitahu demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi ke empat pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor.

Disiarkan pada: February 6, 2020 @ 12:24pm
d