mutakhir

Jual loteri tidak sah

Oleh Norsyazwani Nasri

PESARA tentera ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penjualan loteri tidak sah di Bau petang semalam.

Lelaki berusia 68 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di hadapan rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Pinang pada 6 petang.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Barang bukti seperti empat keping kertas putih bercetak angka serta wang tunai turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan rekod menunjukkan suspek tidak mempunyai kesalahan lampau.

“Sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 selain hukuman penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya.

Disiarkan pada: February 10, 2020 @ 3:41pm
d