mutakhir

Pemandu Perodua Myvi putih ditahan

Oleh Mohd Amin Jalil

POLIS menahan seorang lelaki yang juga pemandu Perodua Myvi putih dipercayai individu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS (PLUS) dekat Pedas, Rembau, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir berkata, lelaki terbabit ditahan di Batu Berendam, Melaka pada 4.50 petang hari ini.

“Susulan siasatan lanjut, pemandu lelaki Perodua Myvi putih berusia 20 tahun yang tular di media sosial ditahan di Batu Berendam, Melaka pada 4.50 petang tadi.

“Reman akan dipohon untuk meneruskan siasatan lanjut.

“Selain itu, pemandu Honda Jazz biru iaitu lelaki berumur 23 tahun sudah tampil membuat laporan polis. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya, malam ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu polis sehingga berjaya menahan individu berkenaan.

Dalam kejadian petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak ke lorong kanan lebuh raya selepas kereta dipandu bapanya terbabit kemalangan.

Berita berkaitan

'Tiba-tiba anak di pangkuan hilang'

'Budak tercampak ke tengah lebuh raya [METROTV]'

Disiarkan pada: February 11, 2020 @ 9:09pm
d