mutakhir

RM50 sehari

Oleh BERNAMA

INDIVIDU yang layak mendapatkan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam namun didapati dijangkiti wabak Covid-19 layak menuntut bayaran gantian hilang pendapatan bernilai RM50 sehari sehingga tempoh 14 hari.

Seorang pegawai Kementerian Kewangan berkata demikian semasa menjawab soalan media sama ada skim itu meliputi mereka yang dijangkiti Covid-19, ketika ditemui di majlis pelancaran skim mySalam lanjutan di sini, semalam.

Pegawai itu turut mengatakan sekiranya pesakit itu dimasukkan ke wad akibat Covid-19, mereka boleh membuat tuntutan penyakit kritikal membabitkan pembayaran one off berjumlah RM8,000.

Sementara itu, skim mySalam lanjutan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu meliputi sembilan lagi penyakit kritikal termasuk polio, menjadikan jumlah penyakit yang diliputi kini adalah 45.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa majlis pelancaran itu berkata, skim lanjutan berkenaan turut membabitkan peningkatan had umur kepada 65 daripada 55 sebelum ini.

Disiarkan pada: February 13, 2020 @ 6:20am
d