mutakhir

Bot karam: Anggota PGA hilang

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am (PGA) disahkan hilang dalam kejadian bot penumpang karam di perairan bandar Sandakan, pagi tadi.

Selain itu, 15 lagi sedang menerima rawatan di hospital dan selebihnya hanya cedera ringan dalam kejadian pada 6.20 pagi.

Bot penumpang berkenaan dinaiki 21 pelajar dan 16 orang awam dilaporkan dari Kampung Tanjung Aru itu sedang dalam perjalanan ke Jeti Pasar Sandakan.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim Kota Belud, Leftenan Komander Mohd Hafidz Mohd Tajuddin berkata, kejadian berlaku ketika bot penumpang dinaiki 37 penumpang terlanggar bot tunda yang sedang menunda sebuah bot kecil.

“Seorang anggota PGA dilaporkan hilang, manakala 15 mangsa yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan dan selebihnya hanya cedera ringan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah diaktifkan dengan radius pencarian sekitar lima batu nautika di perairan hadapan Bandar Sandakan.

Berita berkaitan

34 selamat, seorang dilaporkan hilang

Sembilan selamat, seorang hilang

Disiarkan pada: February 13, 2020 @ 1:11pm
d